HeartBeat

Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, September 9, 2011

| T.I.R.A.M.I.S.U |





*sedap woo....mmg layan la mkn T.I.R.A.M.I.S.U ni....lebih² lg kalo sejuk...ako amik kt blog kak hana...kak mohon CNP yea resepi kt cni......



TIRAMISU
CNP : kak hana

Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) * aku letak 2 cwn
  • 1 sudu makan serbuk nescafe * aku letak 3 sudu
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Thursday, August 25, 2011

Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit 

Bahan-bahan :
isi ayam
lobak
kacang panjang
kobis
bawang besar
garam
kunyit
perasa pasti sedap knorr
tepung jagung
minyak utk dimasak

Cara-caranya :
* isi ayam dipotong kecil², lobak, kacang panjang, kobis dipotong kecil dan juga bawang besar dihiris, 
lagi banyak bawang besau lg sedap tau
kesemua tadi digaul dgn garam kunyit, perasa pasti sedap dan juga digaul bersama dengan tepung jagung
dan boleh la goreng dgn minyak yang betul² panas...lagi garing lagi bagus...
Selamat Mencuba

Wednesday, August 3, 2011

Congo Bars


CONGO BARS

Bahan:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara:

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.


* Congo bars mmg sedap la uolls...tp tang gula tuh kene kurangkn sket sbb manis sgt la, mayb ako letak byk sgt coklat chips kot...tp rasa mmg besh...sedap sgt.... x rugi try...

Ice Blended DRAGON FRUIT


Ice Blended Dragon Fruit
Bahan-bahan :-

1 biji dragon fruit isi merah
2 sudu gula (dijdkan air gula)
2 sudu creamer
ais mengikut cup yg digunakan
sedikt air

Cara-cara :

buah naga dipotong sederhana dan bekukan dulu 
masukkan ais, buah naga yg sudah dibekukan, air gula dan creamer blend sehingga 
menjadi smooties
boleh la dihiasi dengan whipping cream jika suke
SELAMAT MENCUBA ♥

nyaman nya dapat sedut smooties ni.....berebut² ngan hubby......sgt sedap...ade rasa lemak².....mmg laju je la..kalo cair x sedap kene minum waktu ice masih ada.......try la..

Thursday, July 7, 2011

Ice Blended Orange


Ice Blended Oren

Bahan-bahan :

* 3 biji oren (jika size oren kecil)
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar cofeemate
* ais secukupnya
* whipping cream (untuk hiasan)

Cara-cara :

* kupas kulit oren dan potong kecil serta buang biji² oren, masukkan ke dalam blender bersama gula, coffeemate dan ais secukupnya. Blend sehingga hancur dan hiaskan dengan whipping cream dan buah oren segar...Selamat Mencuba....sangat sedap n nyaman....

Ice Cream again!!


 *dapatkan resepi utk Ice Cream Oreo Choc Chip disini seperti entry sebelum ini...

AIS KRIM ASAM BOI

Bahan-bahan
  • Air gula (manis ikut citarasa masing2x)
  • Daun pandan (x letak)
  • Asam Boi merah(Klu nak blh di potong 2)
  • Plastic Aiskrim

Cara-cara
  1. mudah sahaja cuma masak gula bersama daun pandan
  2. bila agak larut gula dan pekat sedikit tutup api & sejukkan
  3. masukkan asam boi merah tadi kedlm air gula tadi beberapa biji
  4. setelah air gula tadi sejuk baru masukan/tuangkan kedalam plastik yg sudah berisi asam boi tadi
  5. kemudian simpulkan hujung plastik tadi & siap
  6. masukkan kedlm peti sejuk dan setelah keras sedia utk di makan

Wednesday, July 6, 2011

Oren Fruit Jelly


FRUIT JELLY by Yani MyR
 
Bahan-bahan 

2 biji limau- large size (4 biji - size kecil)
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Cara-cara:

Potong 2 bahagian limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

* dah lame nk try buat fruit jelly nie.....weekend lps berjaya la buat...buat time hubby gi keje...mlm tuh potong senyap trus bg hubby makan as dessert..slalunya lps mkn kene ade mkn buah²....besh je hubby layan oren tuh..tp die ade tegur gak nape licin semcm jek oren ni...hahaha...masa tuh ako dah x tahan dah nk gelak...trus hubby pon gelak same....bile masa buat ni..pastu camne u buat...hahhaa...mcm² la soklan die tanye...bejaya gak buat hubby tertipu...hihiihi

Bayam Rebus


Bayam Rebus

Bahan-Bahan:

* Bayam 1 ikat
* Bawang Kecil (dihiris)
* Udang Kering
* Air
* Garam n Perasa

Cara-cara:

*Masukkan air, n masukkan bawang n udang kering yg sudah dibasuh td
dah agak mendidih masukkan sayur n last letak garam n perasa...mudah kan..

mmg layan Bayam Rebus nie...anak² sgt suke oke...

Friday, June 24, 2011

Burger Ayam Special

 Burger Ayam Special

* rasa lapo plak tgk beger nie...mmg tgh lapo lah....nk layan mate ngan menu² besh nie....resepi² nnti la yea... ♥

Friday, June 17, 2011

Ice Cream Chocolate Oreo Choc Chip

  
Ice Cream Chocolate Oreo Choc Chip

Bahan-bahan:

4 cawan susu coklat segar
1 cawan air
1 1/2 cawan coffeemate
10 keping biskut oreo (diblend halus)
6 keping biskut oreo (dipatah² kan)
chocolate chip
plastik ais krim

Cara-cara:
* masukkan susu, air, coffeemate dan oreo yg dikisar td ke dalam blender dan kisar sehingga sebati
* masukkan biskut oreo yg dipatah² kn td dan coklat chip ke dalam plastik ais krim dan akhir sekali masukkan bancuhan susu ke dalam plastik.
* sedia disejukbekukan



- sedap sgt ice cream ni..kalo nk jual rasanya x bole 20 sen ni sbb bahan² mahai tau...makan sendrik bole je..paling ske cik abg la bape kali nk ulang dlm sehari...sedap sgt...lembot sgt....yummy...

Kek Alunan Kasih



Kek Alunan Kasih
By:Kak Ita

Bahan-Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair
**1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna Pink dan Kuning (resipi yg asal warna hijau n kuning ,sy buat pink n kuning)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara -Cara

Pukul planta dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna kuning…
(**saya masukan esen vanilla utk warna pink dan perasa oren utk warna kuning)
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2..(jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

- Mungkin boleh masukan adunan ke dalam piping bag/ising decorator..supaya dpt buat lapisan kek yg nipis2…

Wednesday, June 15, 2011

Roti Sosej Bercheese


 

Roti Sosej Cheese Goreng
bahan-bahan
  • 5 keping roti putih
  • 5 batang sosej
  • serbuk roti
  • minyak untuk menggoreng

cara-cara
 
1. rebus sosej dan tos kan
2. leperkan roti menggunakan kayu penggelek
3. balut sosej dengan roti..gamkan hujung roti dengan telur
4. celup roti kedalam telur dan golekkan atas serbuk roti
5.goreng hingga kekuningan

Tuesday, June 7, 2011

Fried Potato

Kentang Goreng Melayu

Bahan-bahan :

  • 3 biji kentang
  • Minyak Masak
Cara-cara :

1. Kentang di buang kulit dan dibersihkan, kemudian hiris nipis² yea....kalo x nipis nnti x rangup...

2. Tos kan kentang jika kentang berada dlm keadaan basah.

3. Panaskan minyak, bila minyak betul² panas, masukkan kentang td, angkat setelah kentang kekuningan.

4. Sedia dihidangkan...mudah kan...n sedap

Kerabu Mangga



KERABU MANGGA

Bahan-Bahan:

  • 1 biji mangga masak
  • 3 biji cili api
  • kacang tanah (diblender)
  • udang kering (disangai)
  • garam
  • gula
Cara-cara

1. Buah mangga di parut panjang² atau halus, kemudian udang kering disangai dan kacang tanah di blender hancur dan cili api diracik halus.

2. Gaul kn kesemua bahan termasuk sedikit garam dan gula sebagai perasa....

3.Sedia dihidang...

Thursday, May 26, 2011

Watermelon Smooties

* tajuk takmo kalah woo....di translate sbg Smootie Tembikai...ako kn kalo duk umah kalo x buat ice blended mmg x sah..ske benor la ngan ice² bagai ni....mmg badan x tahan lame la gayanya nie kalo dok bantai ice jek....hihihi...besh woo..ala tembikai ni pon lebih² masa Hari Jadi dak ADAM arituh..so x tau nk wat ape kn..sbb nk kene perabihkan gak sblm isnin, buat gaya camni la layan smooties...sedap wooo...lemak2 gitu...korg ce try nnti yea....

SMOOTIES TEMBIKAI
Bahan-bahan:
500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara:
  • Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
  • Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
  • Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga whipping cream

Ice Cream Goreng

 * sedap woo layan ais krim goreng ni lebih² lg waktu panas2 ni..actually da lama dah buat, baru la nk upload gambo....busy la sket sejak 2 menjak ni..hihii...saye org paling sibuk skang...hahaha..sibuk try resepi² baru....jgn lupe yea kawan² cube resepi ni... ♥


AIS KRIM GORENG
Resepi : kak hana


Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti) (ako x wrap pon juz letak dlm bekas)
  • Minyak (utk menggoreng)

Cara-cara:
  1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar). (ako pkai cawan je sbg acuan)
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.

Friday, May 20, 2011

Ice Blended MANGO

 sedap kan minum panas2....dah la skang ni cuaca teramatla panasnya....berbahang2...pastu kn skang kn musim mangga...mak aii sedapnya..selain mkn camtu kn.....teringin nk ber ice blended...sedap wooo...nyaman jek...korg jgn sangsi plak tau...kt Starbuck xder MANGO2 ni..tuh juz tumbler jek..mmg sengaja disimpan tuk digunakan semula....hahahaha....bkn ape..agak2 time nk kua umah tuh ble la bawak trus...layan dlm kete...hihii...chumel kn straw PATRICK tuh..yg tuh korg leh dapatkannya di MC'D....hihihi

MANGO Ice Blended
Bahan-bahan:
  • 1 biji mangga masak
  • 2 sudu besar gula
  • air 
  • air batu secukupnya
  • whipped cream
  • peach/mangga (sbg hiasan)

Cara-cara :
* mangga dipotong kecil2, masukkan gula, air dan air batu...ja letakkan skit whipped cream tuh sket bg lemak2...blend smpai hancur...dah siap bleh la letak whipped cream n buah mangga @ peach..



Monday, September 22, 2008

Honey Chicken Wings



HOT HONEY WINGS

Ingredients

* chicken wings(kite gune 6 kot)
* 1 teaspoon cayenne pepper
* salt and ground black pepper to taste
* 1 cup honey
* 1/2 cup butter, melted
* 1/2 cup chili sauce

**cayenne pepper tue color die merah2 sket.ade jual kat2 area2 italian herbs

Methods
1. Preheat the grill/oven for medium heat.
2. Wash the wings well and pat dry with paper towel. Season the meat with cayenne, salt, and pepper.
3. Cook the chicken wings on preheated grill until cooked, 20 to 30 minutes depending on the size of the wings. Brush the wings liberally using 1/2 cup of honey while they are cooking.
4. Melt the butter, pour into a large bowl and mix in the remaining 1/2 cup of honey and hot sauce. Remove the wings from the grill and immediately toss them in the hot honey butter sauce to coat. Serve the wings 'wet' or (kalau x suke basah sgt),return the wings to the grill for 1 minute per side to set the sauce.