HeartBeat

Followers

Friday, May 1, 2009

Report APP Workshop

nk updated jek...

baru dpt gamba2 yg crew Fototeacher amik arituh....so ako nk updated lah mane2 gamba yg dorg snap arituh...ako juz copy kt blog dorg jek....harap2 dorg x marah la yea...hehehhe...

Report - Bengkel Asas Potret Perkahwinan (APP)

Pada 28-29 Mac lalu, fototeacher.com telah dilantik sebagai pengendali seminar dan bengkel fotografi sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya (MTPP). Sebuah bengkel fotografi bertajuk Asas Potret Perkahwinan telah diadakan pada 29 Mac 2009 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Putrajaya International Convention Centre. Seramai 80 orang peserta telah menghadiri program ini.

Jurulatih utama - Hasnuddin telah dibantu oleh jurulatih jemputan iaitu Affandi. Para peserta telah didedahkan dengan beberapa teknik asas tentang rakaman gambar potret perkahwinan. Selain dari sesi ceramah, kami turut mengadakan sesi praktikal, sesi kritik dan sesi soal jawab.

Diharap, para peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam bengkel ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir. Terima kasih juga kepada pihak MTPP kerana sudi menjemput FOTOTEACHER.COM untuk bekerjasama mengendalikan program ini.

Pendaftaran Peseta

Penerangan tentang asas potret perkahwinan oleh Hasnuddin

Hasnuddin menerangkan mengenai peralatan kamera dan teknik fotografi potret

Demonstrasi asas pencahayaan potret perkahwinan. Hasnuddin dibantu oleh Affandi dan Noorizam Sabran.

Hasnuddin memberikan beberapa tips mengenai potret perkahwinan

Sessi Suai Kenal

Hasnuddin dan Affandi ketika mengendalikan sesi soal jawab

Sesi praktikal di sekitar kawasan Putrajaya International Convention Centre

Sesi kritik gambar hasil dari rakaman ketika sesi praktikal

4 comments:

M@L@ said...

ramai nyer yg pegi yer...seronok pulok tgk....mesti byk ilmu yg diperolehi kannn... lps ni leh jd potographer profesional....

yong ibu chem said...

wah mcm best lah pulak..

rajin lah jaja..kak yong nak join tapi memanjang tak jumpa masa yang sesuai..aduhhh..

Mata Hati said...

nice...sikit masa nanti sure jadi pro..

++eden|essey++ said...

mala > insyallah...doa2 kan erk...mmg sonok arituh..

kak yong > kak..kalo ikutkn mase mmg xder kak..tp ja terjah jek bile ade peluang...hihi..nk g course lain mahal lah kak..

mata hati > insyallah...thanks