HeartBeat

Followers

Thursday, June 11, 2009

MULA BOSAN DENGAN FOTOGRAFI?


MULA BOSAN DENGAN FOTOGRAFI?

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

nak share artikel nie ngan korang...


Adakah keseronokan anda dalam fotografi sudah mulai berkurangan? Kalau dulu tiap-tiap hari pegang kamera, sekarang cuma pegang kamera sebulan sekali? Jangan risau, gejala ini memang biasa berlaku kepada peminat fotografi. Berikut ini saya berikan beberapa panduan agar anda sentiasa bersemangat untuk mengambil gambar:

Cari minat anda yang sebenar dalam fotografi. Adakah anda beli kamera kerana sukakan teknologi atau kerana berpeluang untuk mengembara? Adakah anda beli kamera kerana suka merakam gambar anak-anak anda atau kerana ingin kelihatan glamour? Atau, adakah kerana anda suka bila gambar anda dipuji? Adakah anda membeli kamera untuk menjana pendapatan darinya? Fikirkan semula, kenapa anda menceburkan diri dalam fotografi? Tidak kira apa pun jawapannya, kekalkan halatuju anda seperti niat asal yang boleh memberikan kepuasan kepada diri anda. Tanpa minat, fotografi anda tidak akan kemana. Tanpa kepuasan, hobi anda tidak akan bermakna.

Dapatkan subjek yang anda minati untuk dirakam gambarnya. Pilih bidang kepakaran anda dalam fotografi. Adakah anda minat merakam gambar sukan, gambar potret, gambar pemandangan atau gambar hidupan liar? Anda akan lebih seronok dalam fotografi bila anda merakam gambar subjek yang anda minati. Lebih-lebih lagi subjek yang mana anda adalah pakar mengenainya. Mungkin sebagai seorang arkitek, anda boleh merakam gambar senibina jauh lebih baik dari orang yang bukan seorang arkitek. Anda perlu ingat, fotografi adalah amat luas bidangnya. Ada bermacam-macam pecahan dan pengkhususan dalam fotografi. Pasti ada satu pengkhususan yang amat sesuai dengan jiwa anda. Persoalannya, mungkin anda belum berjumpa dengan subjek kegemaran anda.

Teruskan belajar fotografi secara konsisten. Perbaiki kemahiran anda dari masa ke semasa dengan cara selalu merakam gambar. Ada banyak cara untuk belajar. Anda boleh membaca buku, majalah, artikel di internet, menghadiri kursus, belajar dengan rakan dan sebagainya. Apa yang penting, anda perlu sentiasa menambahkan pengetahuan anda di dalam fotografi agar anda akan sentiasa ada teknik baru untuk dipraktikkan. Dengan berbagai teknik baru yang digunakan, fotografi anda akan lebih menyeronokkan.

Letakkan matlamat yang perlu anda capai di dalam fotografi. Letakkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Mungkin anda boleh letakkan matlamat supaya gambar yang anda rakam akan disiarkan di dalam majalah dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Atau, anda boleh letakkan matlamat untuk menguasai kemahiran penggunaan flash 1 bulan dari sekarang. Cabar diri anda untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan. Setiap kali anda berjaya mencapai matlamat ini, anda pasti akan mendapat kepuasan!

Jika anda menjadikan fotografi sebagai hobi, cuba jana sedikit pendapatan dari fotografi. Pendapatan yang diperolehi tidak perlu banyak, cukup sekadar untuk menampung kos anda menjalankan hobi di dalam fotografi. Alangkah seronok jika kemahiran anda di dalam hobi ini boleh menampung sendiri kos anda untuk mengembara merakam gambar atau membeli kamera baru.

Cari rakan fotografi yang mempunyai minat, citarasa dan kemampuan yang sama dengan anda. Cari rakan yang serasi dengan anda. Tanpa kawan di dalam fotografi, memanglah sesuatu yang membosankan. Dengan adanya kawan yang baik, anda boleh saling berkongsi pengetahuan, pengalaman, malah anda boleh saling berkongsi peralatan kamera anda. Kawan yang sama minat juga akan saling memberikan motivasi untuk terus memperbaiki kemahiran kita di dalam bidang fotogafi. Jika anda seorang jurugambar yang minat memperbaiki kemahiran fotografi, anda mungkin tidak sesuai berkawan dengan jurugambar yang hanya berminat untuk membeli peralatan terbaru. Plih kawan yang sesuai supaya anda tidak rasa rendah diri atau rasa terlalu ketinggalan.

Kini, tibalah masanya anda pertimbangkan semula hala tuju anda dalam fotografi. Ambil masa untuk berfikir dan merancang untuk menyegarkan semula minat anda. Jangan rakam gambar hanya kerana ikut-ikutan. Kenali diri anda sendiri. Jadi diri anda sendiri. Buat apa yang ingin anda buat.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

8 comments:

Gieyana said...

Jaja ~ Very nice article..selalu masuk photoskool ker?hehehe.
~ Sejauh mana aku ngan fotografi? rakamkn gmbar kenangan indah keluarga...hehehehe
~ Ko plak?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

aaa kan...apa yg kite beli tu kena la ada tujuan, aku gk tingin nk beli DSLR...sbb aku minat bgmbr, merakam kenangan indah bsama org2 tsyg..gmbr2 yg cntek mmg mnarik...

++eden|essey++ said...

gie > copeknya ko bace...hahaa...bagus..baguss...

|| hanya org yg minat pd seni saje yg tahu apa itu fotografi, kdg2 kalo kite amik gambo cili pon org pelik, cume org yg paham dan minat fotogrfi jek xkan ckp mcm tuh...itu lah beza nya...camera bkn setakat snap potraits, malahan sumer yg ade di muke bumi ni ade lah yg palin terindah skali..itulah hakikatnya..sumenya ade kenangan..org yg pandai adalah org yg sentiasa ingin blaja..itu pendapat ako...

||tp gambo family n anak itu adalh aset pling penting bg ako utk ako simpan jd kenangan...||

++eden|essey++ said...

zu > yea beli jgn x beli, tp kalo beli ikot kemampuan yea...jgn memaksa diri..

Mamamanja said...

nak beli gak... tp x reti nak amik gambo huhuuh

Gieyana said...

Jaja ~ Wahhh..ko sama ar ngan aku! sejibik!hehehe...sukeeee...clap clap clap!
~ teringat sometime amik gambar mcm nk tido..baring2 lg nk dpt pose rterbaik!hahahaha...

~Eila Nur Kaseh~ said...

eila bukan tak minat amik gambar..suke bergambar je..hehe..hubby eila yg over extreme minat kat fotografi..beli lens mahal2..adoii..takut tgk..

CatlinaFly said...

:) tersenyum sy baca entry nih...smpi sekarang sy dan hubby lum puas lagi belek2 kamera tuh..lum terpikir nak upgrade, apa yg ade rasenye dah cukup buat masa ni.cuma skrg sy dah slow sket sejak e-ein lahir..nanti tunggu dia besar sket..siap lah muahahaha :)